Tuesday 10 June 2014

KEMAMPUAN OTAK!!!

Kemampuan Otak!!!


Allah SWT memberi kemampuan untuk manusia berfikir tanpa bergantung kepada saiz atau berat fizikal otak sebenar. Sebaliknya ia bergantung kepada struktur sel-sel saraf neuron yang terkandung di dalam otak.

Tahukan kita bahawa:
Orang yang jarang-jarang berfikir atau memerah otaknya untuk berfikir mempunyai paling minimum 10 bilion sel. Setiap sel berhubung antara satu sama lain. Orang yang rajin dan kuat berfikir mempunyai hingga 1 trilion sel dalam kapasiti saiz otak yang sama.
“Semakin kerap atau semakin kuat kita berfikir, semakin banyak sel yang akan terbentuk.”

Ramai yang dilahirkan bukan genius.
Perkataan genius sinonim digunakan oleh masyarakat kita untuk menggambarkan seseorang itu bijak pandaiMemang tidak dinafikan ada ibu bapa yang bertuah melahirkan anak yang cerdik. Bukan semua ibubapa bertuah melahirkan anak yang terus genius. Namun ramai yang berjaya dalam bidang profesianal masing-masing walaupun bukan bergelar genius.
Kita sering kali mendengar ayat seperti ini,
“Bertuanhya puan Zie tu..anak2nya semua pandai2 belaka..Semua berjawatan tinggi..”
“Pandainya anak kamu hingga dapat masuk universiti..anak aku nie tak pandai sangat..SPM cukup2 makan je..”
Ramai yang tidak menyelidik atau mencari sebab mengapa anak sifulan berjaya dan mengapa anak sifulan kurang berjaya.. Terdapat beberapa faktor bagi seseorang untuk berjaya.. Salah satunya ialah tahap kemampuan otak kita berfikir..
Pernah tak kita bandingkan atau bertanya anak si A dan si B, berapa banyak set soalan atau latihan yang pernah dibuat sebelum peperiksaaan? Berapa kalikah mereka membuat ulang kaji sebelum peperiksaan? Saya pasti akan ada perbezaan yang ketara antara kedua2 pelajar tersebut.
Apabila otak telah dilatih berfikir perkara yang sama berulang kali, insyaALLAH tiada masalah untuk otak mengingat semua fakta yang pernah dibaca. Practice makes Perfect!

Oleh itu, untuk menjadi Genius dalam bidang anda adalah PILIHAN!!!!

No comments:

Post a Comment